Keutamaan Bersedekah Dengan Air

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

وَنَادَى أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ

“Para penghuni neraka menyeru para penghuni syurga, “Tuangkanlah (sedikit) air kepada kami atau rezeki apa saja yang telah dikurniakan Allah kepadamu”.” (Al-A’raf: 50)

• Allah سبحانه وتعالى menjelaskan dalam ayat bahawa Bani Adam tidak boleh lepas dari makan dan minum walaupun dalam keadaan diazab.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ

“Mereka (penghuni neraka) menjawab, “Sungguh, Allah telah mengharamkan keduanya bagi orang-orang kafir”.” (Al-A’rof: 50)

• Iaitu makanan dan minuman syurga. Ayat ini merupakan dalil yang menjelaskan bahawa memberi air merupakan termasuk amalan paling afdhal.

• Dan Ibnu Abbas رضي الله عنهما saat beliau ditanya, “Sedekah apakah yang paling afdhal? Jawab beliau, “Air”.

عن سعيد، أن سعداً أتى النبي ﷺ فقال، ”أيُّ الصدقةِ أعجبُ إليك؟“ قال, ”الماء“. (صحيح أبي دود وفي رواية: فحفر بئرا فقال، ”هذه لأم سعد“)

• Dari Sa’id, ketika ketika Sa’ad bertanya kepada Nabi ﷺ, “Sedekah apa yang paling engkau kagumi?” Jawab baginda, “Air”. (HR Abu Dawud (Shahih Abu Dawud 5/366 dalam Bab Keutamaan Memberi Air). Dalam riwayat disebutkan bahawa Sa’ad kemudian menggali sumur lalu beliau waqafkan dan beliau katakan, “Ini untuk Ummu Sa’ad”)

وعن أنس رضي الله عنه أن سعدا أتى النبي ﷺ فقال، ”يا رسول الله، إن أمي توفيت ولم توص أفينفعها أن أتصدق عنها“. قال، ”نعم وعليك بالماء“. (رواه الطبراني في الأوسط)

• Dan dari Anas رضي الله عنه bahawa Sa’ad datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata, “Wahai Rasulullah, ibuku telah wafat dan belum berwasiat, maka apakah bermanfaat bagi beliau jika aku sedekah untuknya”. Jawab baginda, “Ya dan hendaknya engkau sedekahkan air”. (HR ath-Thabrani al-Awsath. Shahih Targhib 1/233)

• Al-Qurthubi رحمه الله berkata semua ini menunjukkan bahawa memberi air merupakan termasuk ibadah paling agung di sisi Allah سبحانه وتعالى. Sebahagian Tabi’in berkata, “Barang siapa yang banyak dosanya, maka hendaklah dia memberi air”. Dan Allah mengampuni dosa-dosa seseorang kerana memberi minum kepada seekor anjing, maka apalagi memberi air kepada seorang mukmin yang bertauhid dan menjadikannya hidup kerananya.

📂 (Al-Jami li Ahkamil Qur’an, al-Qurthubi 7/215)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 _www.thoriqussalaf.com
🌐 _http://telegram.me/thoriqussalaf

sumber t.me/thoriqussalaf/5495

Tinggalkan Komentar

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Simak siaran radio kajian islam ilmiah oleh asatidah se nusantara melalui aplikasi android RII .

Radio Islam Indonesia

Scroll to Top